#10 SIMPLE LAUNDRY TIPS UNTUK ELAKKAN COLOR LUNTUR

     Tensionkan klu beli Levis RM400, beli t-shirt hard rock RM200, beli seluar arxmen RM1++, pakai 3-4 bulan color dh start fade. Mende wehh… Ok, ni 10 tips hasil 9 tahun perkahwinan sy dengan wife macamana nk preserve color pada kain supaya xluntur (tp sbnrnya 20% je tips dr bini, lain2 tu dari professor google)

 

#1: WASHING INSTRUCTION’S LABEL

Hasil carian imej untuk washing instruction label

  Smua jenis pakaian yg kita beli akan ada tag laundry. Tag ni bkn saja-saja nk bg belakang leher/pinggang kita gatal, tp kat situ ada instruction mcmn cr paling betul nk basuh pakaian tu. Lain material, lain symbol/icon. Jd sebelum basuh ke, iron ke, better refer dulu tag laundry ni.

 

#2: GUNA AIR SEJUK

Imej yang berkaitan

   Sejuk ni bukan bermaksud bos kena beli ketul ais pastu tuang dlm mesin basuh, tp memadai dgn air paip yg suhu normal. Jangan guna air suam apatah lagi panas nk bancuh teh-o. Air suhu tinggi ni bleh rosakkan fiber kain jd color senang luntur. Air sejuk plak bleh prevent color from bleeding/luntur.

 

#3: ASINGKAN COLOR GELAP & CERAH

Imej yang berkaitan

   Biasa klu bini2 yg basuh, diorg akan asingkan pakaian ikut color xcampo skali. Klu laki, kita akan campak je smua boxer, sluar, baju pastu tekan button “START” je. Saya dh test rendam seluar Arxmen ni skali dgn baju anak bini dan xde lagi bj sekolah anak tukar jd polkadot  grey. Cuma lepas tu kena bebel la kejap dgn Mam Besar. Jd xsalah klu kita start habit asingkan pakian cerah & gelap supaya bini xpenat nk membebel.

 

#4: PENGGUNAAN DRYER/PENGERING:

Hasil carian imej untuk dont use dryer washing

   Klu bleh, elakkan guna dryer sbb fiber2 dekat surface fabric tu akan jd kasar sms process tumbling pd suhu yg tinggi. Jd color kain tu akan nmpk mcm pudar walaupun color sbnrnya xluntur.

   In case degil jg nak guna sbb bini malas nk jemur time2 hujan, sy nasihatkan jgn guna suhu setting MAX. sbb byk feedback yg kami terima material jenis cotton spandex ni klu masuk dryer then letak setting max, kain dia jd bekerut & cepat reput. Mungkin sbb material model ARX9 & ARX10 ni ade content “spandex” (getah) jd dia xberapa tahan dengan suhu panas. Cuba guna setting regular ke bawah. Rupanya kain ni pun perangai mcm org gak, blh jd mereng klu panas2.

 

#5: ELAKKAN SABUN SERBUK

Imej yang berkaitan

   Nnt masa nak basuh tu, sy saran elakkan guna sabun serbuk. Sabun jenis ni mmg terkenal dgn sifat “makan color”. Bkn kata kain je, klu kasut kulit pun basuh pakai sabun ni color mmg cepat luntur. Seluar jeans pun sama gak, terus bleach abis.

    Jd alternatifnya, bos boleh guna sabun cair (liquid). Xkisah brand apa, tp lagi bagus klu jenis yg ada tulis “colour care”. Biasanya sabun cair ni dia akan lebih preserve color.

 

#6: GUNA SETTING YG BETUL

Imej yang berkaitan

    Kat mesin basuh tu ada mcm2 setting. Klu seluar tu xkotor sgt, jangan guna “heavy wash” mode semata-mata konon nk bg lg extra clean. Mode ni just buatkan fabric tu lg cepat wear & tear so color lg cepat luntur.

 

#7: JANGAN BASUH LANGSUNG

Imej yang berkaitan

    Tips ni nmpk mcm sengal skit, tp sebab yg ckp ni CEO Levi’s Strauss, Chip Bergh (Levi’s CEO urges customers not to wash their jeans) so kita anggap je la tips ni berguna. Lg banyak kita basuh, lg cepat fabric tu worn-out. Jd klu just pakai 2-3jam je, xpyh toss seluar tu dlm washer. Gantung je & let it air out, xpun spot clean guna sponge je.

 

#8: KALIS BAHAGIAN DALAM KELUAR.

Imej yang berkaitan

    Pening gak nk translate term “turn your pant inside out” ke melayu nih. Klu buat mcmni, kita blh protect outer fiber dr luntur bila dibasuh. Jd klu luntur pun bahagian dlm je, yg luar still cantik. Tp klu tuan jenis pakai seluar terbalik mungkin blh abaikan tips yg ni.

 

#9: TAMBAH FABRIC CONDITIONAL/SOFTENER

Imej yang berkaitan

     Conditional ni mcm minyak hitam kete. Dia lubricate fabric semasa basuhan jd kain xmudah lusuh. Skali lg, lusuh = luntur. Lg cepat kain tu lusuh, lg cepat color akan luntur. Klu ada cecair ni, dia bleh kurangkan daya geseran kain tu semasa basuhan. Perghh, ayat mcm buku text fizik form 5.

    Selain color tahan, softener ni pun blh buatkan seluar kita bau wangi. Ade jenis softener tu, kita gesel2 kain lg kuat dia klua bau.

 

#10: RENDAM AIR GARAM

Imej yang berkaitan

     Sy bukan nk ajar masak asam pedas, tp kita blh guna garam sebagai agen color bonding. Klu nak tau, rendam air garam adalah process biasa supplier2 fabric guna utk preserve color pada kain. Jd klu beli seluar/baju baru yg color gelap2 tu bleh balik terus rendam air garam utk protect color supaya lebih long lasting. Xpun, bleh terus pakai pegi snorkling kat Pulau Tioman pakai seluar tu. Don’t worry, model baru arxmen “ARX10C” & “ARX11” ni material quick dry, basah lenjun pun kejap je kering. Hehehe

OK bos, selamat mencuba ????????????????

Sale!
RM159.00
Sale!

Tactical Pants

ARX11 (2022 MODEL)

RM158.90
Sale!

Tactical Pants

ARX10C (2020 MODEL)

RM158.90
Sale!

Tactical Pants

ARX10 Tactical Pant

RM139.00

Leave a Reply